Thursday, August 5, 2010

Produk Terbaru Hiraq


SET PENJAGAAN WAJAH HIRAQ

( RM 179.90 - Semenanjung )
( RM 189.90 - Sabah / S'wak )
( B$ 76.00 - Brunei )














" Mencari yang halal itu fardhu... Begitu juga pentingnya memilih set penjagaan wajah... kerana... wajah itulah yang akan sujud menghadapNya..."















Cara guna :
Sapukan pada bahagian muka sehingga rata dan bilas dengan air hingga bersih.
Gunakan 2 kali sehari.















Cara guna :
Sapukan pada bahagian muka sehingga diserap pada kulit dan biar hingga kering sebelum
menggunakan produk kosmetik.
















Cara guna :
Sapukan sedikit krim pada kulit muka, ratakan keseluruhan.

Berita Hiraq




PASANGAN suami isteri, Rizal Ahmad dan Siti Anisa Mohd. Anuar tidak menyangka mereka akan menerima pengiktirafan daripada syarikat Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd. (Hiraq) kerana berjaya mencatat jualan terbaik untuk produk jenama tersebut.

Malah, Rizal mengakui sejak terlibat secara aktif sebagai wakil pengedar Hiraq di sekitar Kedah dan Perak, dia langsung tidak pernah mengira hasil jualannya.

Sebaliknya, dia hanya bertekad untuk mempromosikan produk makanan sunah Rasulullah yang dihasilkan oleh Hiraq kerana mengetahui kebaikan produk tersebut untuk umat Islam.

"Alhamdulillah, saya dan isteri bersyukur atas pemberian yang begitu bermakna ini. Terima kasih kepada pihak syarikat kerana prihatin terhadap semangat yang ditunjukkan wakil-wakil stokis di seluruh negara.

"Dalam erti kata lain, hadiah berupa pakej mengerjakan haji ini mampu bertindak sebagai perangsang untuk kami terus mempromosikan produk Hiraq pada masa akan datang," kata Rizal ketika ditemui Kosmo! sempena Pelancaran Produk Terbaru Hiraq di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Isterinya, Siti Anisa pula memberitahu, dia mula menjadi pengedar barangan Hiraq sejak Mei 2008. Sebelum itu, dia memang berminat untuk menceburi dunia perniagaan berasaskan produk Muslim.

Bagi Anisa, produk Muslim lebih diyakini dan dipercayai tahap kesucian sewaktu proses penghasilannya berbanding barangan jenama lain yang diimport.

"Apabila mengetahui Hiraq yang diasaskan oleh Raja Mazian dan dikilangkan mengikut piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), maka saya tidak teragak-agak untuk menjadi pengedar.

"Niat saya hanya untuk berjihad bagi mengembangkan perniagaan yang berasaskan makanan sunah Rasulullah s.a.w yang semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini.


"Justeru, menjadi tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk menguar-uarkan bahawa kita juga mempunyai produk terbaik," ungkap Anisa sambil melahirkan rasa syukur kerana pengiktirafan yang diterima.

Pada majlis itu, Anisa dan suaminya masing-masing menerima pakej menunaikan haji bernilai RM15,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan; Datuk Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan 1, Othman Mohamad dan Pengarang Kosmo, Baharom Mahusin.



Sementara itu, pakej menunaikan umrah bernilai RM5,500 menjadi milik pasangan Yusnida Yusop dan Nur Faiz Abd. Jabbar.

Menurut Pengarah Urusan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd., Raja Mazian Raja Mohamed, pihaknya memilih untuk menghadiahkan pakej menunaikan haji dan umrah kerana ia dilihat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Lancar produk baru

Berbanding syarikat tertentu yang memberi insentif seperti pakej pelancongan ke luar negara, Hiraq sebaliknya mahu wakil-wakil stokis berpeluang melaksanakan ibadah di Tanah Suci atas kerja keras mereka.

"Sebagai perniagaan yang menawarkan produk berupa pemakanan sunah tinggalan Rasulullah s.a.w maka sudah tentu insentif sedemikian lebih bermakna," jelas Raja Mazian yang mendapat ilham menubuhkan Hiraq sewaktu menjalani penggambaran rancangan berbentuk keagamaan yang disiarkan menerusi TV3, Al-Hidayah di Gua Hiraq, Mekah pada tahun 2006.

Pada majlis itu juga, Hiraq turut melancarkan dua produk terbaru mereka iaitu teh tarik susu kambing dan set penjagaan wajah untuk wanita yang kini boleh didapati di stokis-stokis Hiraq di seluruh negara.



Pelancaran dua produk itu menjadikan jumlah keseluruhan produk yang dikeluarkan di bawah jenama Hiraq kepada 11 barangan.

Apakah rasional pemilihan produk tersebut? Raja Mazian memberitahu, teh tarik merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Justeru, ia mempunyai kelompok penggemarnya yang tersendiri.

"Istimewanya teh tarik susu kambing yang kami tawarkan jauh lebih berkhasiat dan sihat untuk dinikmati pada bila-bila masa.

"Malah, rasanya juga lebih sedap dan jika diminum selalu ia mampu menjadikan seseorang itu bertenaga.

"Begitu juga dengan set penjagaan wajah. Kami menawarkan produk yang diyakini kesuciannya untuk kegunaan umat Islam pada masa kini," ujar Raja Mazian.

Pelancaran produk tersebut turut dihadiri oleh duta Hiraq iaitu Azmil Mustafa dan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohammad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hiraq, layari laman web www.hiraq.net atau hubungi talian 019-640 8338.

Tuesday, November 3, 2009

Pengenalan Produk Hiraq

HIRAQ WILDAN DATES HERBAL ESSENCE + GOJI for kids - ( 300ml ) ( RM 59.90 - Semenanjung ) ( RM 69.90 - Sabah / S'wak ) ( B$ 32.00 - Brunei )


HIRAQ WILDAN DATES HERBAL ESSENCE with GOJI for kids - (300ml) - Dirumus khas untuk kanak-kanak bagi membantu :- Menguatkan daya ingatan dan hafalan ( IQ ), membantu menberi tenaga segera, bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. untuk maklumat produk dan khasiat pemakanan layari
www.hiraq.net)





SUSU KAMBING HIRAQ SEKOTAK ( 15 sachet ) x 21g e " Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah S.A.W adalah susu kambing " Susu Kambing Goat's Milk Minumlah susu kambing HIRAQ sebagai amalan harian anda... untuk maklumat produk dan pemakanan layari www.hiraq.net)





QHAWWI KURMA HERBAL ESSENCE (Khasiat pati kurma untuk lelaki) - ( 300 ML ) ( RM 59.90 - Semenanjung ) ( RM 69.90 - Sabah & S'wak) ( B$ 32.00 - Brunei ) Diciptakan untuk kesihatan menyeluruh kaum lelaki. - Produk ini sangat baik untuk kaum lelaki. - Produk ini mampu memberi tenaga keseluruhan kaum lelaki dan ia juga sangat berkesan untuk membina keyakinan diri untuk kebahagiaan rumahtangga. - Produk ini diformulasikan dengan bahan – bahan semulajadi yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kehidupan seharian. (untuk maklumat produk dan khasiat pemakanan layari www.hiraq.net)






HIRAQ KARMILA T-3 FEMININE WASH - ( 120 ml ) ( RM 19.90 - Semenanjung ) ( RM 23.90 - Sabah & S'wak ) ( B$ 11.00 - Brunei ) Hiraq Karmila T-3 Feminine Wash Dirumus dalam bentuk inovatif dengan gabungan aroma keharuman yang asli Tea Tree bagi memberi keselesaan dan rasa keyakinan kepada setiap wanita. Tea Tree Feminine wash juga difomulasi dari pati tumbuhan asli yang dikagumi khasiatnya Menjadi pembersih herba wanita yang boleh dipecayai Ia juga lembut dan dapat memelihara bahagian sulit wanita untuk maklumat produk dan pemakanan layari www.hiraq.net)








HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE (Khasiat pati kurma untuk wanita) - ( 300 ML ) ( RM 59.90 - Semenanjung ) ( RM 69.90 - Sabah & S'wak) ( B$ 32.00 - Brunei ) Ramuan produk ini adalah dari ekstrak kurma, akar serapat, manjakani, kacip fatimah, mirifica, kolagen dan herba-herba terpilih. Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semulajadi di mana mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita. (untuk maklumat produk dan pemakanan layari www.hiraq.net)








HIRAQ JELI GAMAT - ( 250 ML ) ( RM 69.90 - Semenanjung ) ( RM 79.90 - Sabah & S'wak ) ( B$ 36.00 - Brunei ) HIRAQ Jeli Gamat ( Goji dan Roselle ) - Mengurangkan rasa sakit sendi, sakit badan dan memulihkan kesihatan dalaman. InsyaAllah! - Sesuai untuk seisi keluarga. (untuk maklumat produk dan pemakanan layari www.hiraq.net)






HIRAQ KARMILA MAGICAL CREAM (untuk kegunaan luaran wanita) - 30 ML ( RM 29.90 - Semenanjung ) ( RM 33.90 - Sabah & S'wak) ( B$ 16.00 - Brunei ) Satu formulasi khas untuk wanita dengan memberi rasa selesa sambil menguatkan otot vagina. Ia berkesan untuk mengurangkan keputihan dan mengelakkan dari bau yang kurang selesa. Ia juga meningkatkan sensasi seksual. (untuk maklumat produk dan pemakanan layari www.hiraq.net)








QHAWWI MAN'S DREAM Impian Lelaki - ( 30ml ) ( RM 49.90 - Semenanjung ) ( RM 53.90 - Sabah & S'wak ) ( B$ 25.00 - Brunei ) QHAWWI MAN'S DREAM Impian Lelaki Formulasi terkini yang membantu meningkatkan kesihatan, kepuasan seksual lelaki, mengatasi masalah angin dan melancarkan darah. www.hiraq.net)









HIRAQ KARMILA BREAST CREAM ( 50g ) & BREAST PASTE ( 50g ) ( RM 79.90 - Semenanjung ) ( RM 89.90 - Sabah & S'wak ) ( B$ 40.00 - Brunei ) Breast Cream Krim payudara ini mengandungi ekstrak minyak jojoba, minyak kelapa yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan payudara yang lebih pejal disamping meningkatkan saiznya bagi wanita. Ia juga menghaluskan kulit supaya payudara kelihatan lebih cantik dan menawan. Breast Paste Krim yang membantu menghindari kanser payudara Mengandungi "liposome" berkepekatan tinggi yang mudah-serap untuk meningkatkan dan memperbaiki tisu-tisu payudara secara berterusan. Ia mempunyai keseimbangan "ph" serta diformulasikan dari ekstrak Minyak Rosmery dan herba-herba tropika. Ini adalah rawatan kecantikan semulajadi yang menyerap dengan segera untuk menghasilkan payudara yang sihat, pejal dan menawan disamping mengekalkan kulit yang lebih lembut dan lincin Ia bertindak secara pengembangan sub-struktur payudara bagi meningkatkan saiznya Keberkesanannya dari segi saiz dan berat payudara yang dapat dilihat dalam masa yang singkat memberi suatu perasaan baru yang menyenangkan www.hiraq.net)

Sunday, November 1, 2009